Skop Tugas Ahli JK PI Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM

 

Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi

 

  1. Bertanggungjawab kepada Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM di dalam hal ehwal berkaitan penyelidikan dan inovasi di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.
  2. Mengesyorkan dan mencadangkan strategi, dasar dan garis panduan dengan tujuan untuk memperkasakan agenda penyelidikan dan inovasi dan pengkomersialan di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM selaras dengan halatuju Universiti.
  3. Memastikan pelaksanaan dan pematuhan dasar-dasar penyelidikan dan inovasi di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM dan Universiti.
  4. Membincangkan pencapaian dan strategi peningkatan hasilan penyelidikan dan inovasi serta penarafan skor penyelidikan di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM dan Universiti.
  5. Membincangkan status dan strategi serta inisiatif peningkatan ketampakan akademik (visibiliti) dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM dan Universiti.
  6. Membantu Dekan dan memantau pengurusan Koordinator Penerbitan, Koordinator Penyelidikan dan semua Penyelaras.

 

 Koordinator Penerbitan

 

  1. Mengkoordinasi hal ehwal urusan penerbitan dari segi perancangan, permohonan dan pelaporan di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.
  2. Merancangan aktiviti penerbitan meliputi penganjuran sesi perkongsian ilmu dan maklumat seperti webinar dan bengkel di Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.
  3. Menyelarasan KPI berkaitan penerbitan di jurnal dan prosiding di peringkat universiti, industri, kebangsaan, antarabangsa.
  4. Mengemaskini data berkaitan penerbitan daripada penyelidik dan sistem Prisma UiTM untuk disalurkan kepada Jawatankuasa BTU dan MyRA Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.

 

 Koordinator Penyelidikan

 

  1. Mengkoordinasi hal ehwal urusan geran penyelidikan dari segi perancangan, permohonan dan pelaporan di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.
  2. Merancangan aktiviti penyelidikan meliputi penganjuran sesi perkongsian ilmu dan maklumat seperti webinar dan bengkel di Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.
  3. Menyelarasan KPI berkaitan geran dan aktiviti penyelidikan di peringkat universiti, industri, kebangsaan, antarabangsa dan persendirian.
  4. Mengemaskinian data berkaitan geran penyelidikan daripada penyelidik dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Center), UiTM untuk disalurkan kepada Jawatankuasa BTU dan MyRA Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.

 

 

Penyelaras Perundingan

 

  1. Menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan perundingan di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM.
  2. Menyelaras aktiviti untuk meningkatkan aktiviti perundingan di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM seperti webinar, bengkel, dan pertandingan.
  3. Menyelarasan data aktiviti berkaitan perundingan di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM daripada UiTM Technoventure dan BITCOM untuk disalurkan kepada Jawatankuasa BTU dan MyRA Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.

 

 

Penyelaras Pengkomersilan dan Inovasi

 

  1. Menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan pengkomersilan dan projek inovasi di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM.
  2. Menyelaras aktiviti untuk meningkatkan hasil pengkomersilan dan inovasi di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM seperti webinar, bengkel, dan pertandingan.
  3. Menyelarasan data aktiviti berkaitan pengkomersilan dan projek inovasi di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM daripada UiTM Technoventure dan BITCOM untuk disalurkan kepada Jawatankuasa BTU dan MyRA Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM.

 

   Penyelaras MyRA

 

  1. Menyelaras proses pengumpulan data berkaitan komponen MyRA daripada Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM dengan Kerjasama Jawatankuasa MyRA Pusat Pengajian.
  2. Mengemaskinian data berkaitan komponen MyRA daripada pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Center), UiTM, sistem PRISMA dan sistem yang berkaitan.
  3. Menyediakan pelaporan data berkaitan komponen MyRA kepada pihak pejabat Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Pengajian Kejuruteraan adalah terkini dengan pengesahan pihak Jawatankuasa MyRA UiTM.

 

 

Penyelaras RIG

 

  1. Menyelaras proses pendaftaran, pelaporan serta peningkatan taraf RIG di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM kepada pihak pengurusan Kolej Pengajian Kejuruteraan dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Center), UiTM.
  2. Menyelaras aktiviti untuk meningkatkan ketampakan RIG dan RG Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM melalui sesi perkongsian, perbincangan serta platfom berkaitan.
  3. Membantu RIG di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan bagi isu-isu yang berkaitan pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan pengurusan Kolej Pengajian Kejuruteraan dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Center), UiTM.

 

 Penyelaras GREEN dan MEE/DP

 

  1. Mengkoordinasi kesemua inisiatif, aktiviti dan inovasi ke arah satu pembentukan ekosistem kampus lestari hijau di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM selaras dengan matlamat menuju ke arah UiTM yang holistik.
  2. Mengintegrasi kesemua bidang kepakaran kelestarian melalui Expert Task Force.
  3. Menjadi hab pengumpulan, menganalisa dan melaporkan ‘big data’ kelestarian bagi pelbagai tujuan termasuk penarafan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.
  4. Memastikan perancangan dan perlaksanaan inisiatif, program, aktiviti dan inovasi kelestarian di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM supaya lebih sistematik dan berimpak.
  5. Meningkatkan kesedaran dan ketampakan program-program kelestarian di peringkat Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM melalui pemahaman isu-isu semasa, perkongsian maklumat dan pendidikan secara berterusan.
  6. Menyelaras aktiviti berkaitan MEE/DP.
  7. Menyediakan pelaporan MEE dan DP ke RMC.

 

 

 

Contact Us

Dean of Research and Innovation,
College of Engineering,
Level 9, Tower 2,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 

pnckpk@uitm.edu.my

Tel: +60 3-5543 5052
Fax: Still to be confirmed