Jom Gotong Royong Sekitar Sungai Klang

**The description is explained in Bahasa Melayu

Pada 12 Januari 2019, bertempat di Jambatan Kota ,Pengkalan Batu Dataran Pinggiran Sungai Klang, Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM telah menyertai program “Jom Gotong Royong Sekitar Sungai Klang”. Program ini merupakan satu usaha FKA menyertai dan menyumbang bakti kepada komuniti Sungai Klang. Program ini merupakan program usahasama FKA dengan 20 NGO sekitar Klang bagi menjayakan program gotong royong membersihkan sungai Klang. 

Dalam program ini FKA telah menghantar seramai 20 orang pelajar bagi menyertai lebih dari 500 orang sukarelawan sekitar bandar Klang. Dalam program ini FKA telah membantu masyarakat membersihkan persekitaran sungai klang dalam radius 2km. Selain daripada itu FKA juga terlibat dalam menghasilkan lebih dari 100 biji Mudball dan membantu menuang lebih 200 liter enzim pembersih sungai ke dalam Sungai Klang. Mudball dan enzim yang dihasilkan akan berfungsi sebagai agen pemulihan ekosistem sungai melalui proses pengurangan bakteria bahaya dan bahan baja kepada penumbuhan tumbuhan akuatik yang lebih subur.

Secara keseluruhan projek ini bukan saja berjaya membersihkan persekitaran pinggiran sungai Klang bahkan ianya telah berjaya menyatupadukan komuniti berbilang bangsa dan memupuk kesedaran tentang peri penting penjagaan alam sekitar dan sungai khususnya. Program ini juga berjaya menyampaikan ilmu tentang tatacara penghasilan enzim dan mudball serta kepentingannya kepada alam sekitar.

Pensyarah: PM.Dr Mohd Fadzil Bin Arshad

Senarai Pelajar Terlibat:

1. Nurina Yasmin Bt Zahari

2. Azrul Alhakim bin Ab Rahim

3. Muhammad Wakiyuddin bin Mohd. Zainal

4. Muhammad Amirul bin Aziz

5. AMIR RIZWAN BIN AHMAD JAFLUS

6. Muhammad Ghassani Amir Hassan

7. Muhammad Naqib Redha bin Ahmad Zuhdi

8. Nurul Amalina binti Ibrahim

9. NUR SYAKINAH ANUAR 

10. Nur shafiqah binti rosman

11. Mohamad Fathul Mansur bin Mohamad Mahir

12. Muhammad Izz Mirza

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248