Mesyuarat Lingkaran Ilmu Fakulti Kejuruteraan Awam Bersama Organisasi Luar

**The description is explained in Bahasa Melayu

Pelbagai Program khidmat masyarakat telah dijalankan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam tahun-tahun sebelum ini. Bagi tahun 2016, FKA mensasarkan program kemasyakrakatan yang  lebih bercorak pembangunan akademik.

Justeru itu satu mesyuarat telah diadakan antara Pengurusan Fakulti bersama organisasi luar bagi merancang aktiviti pembangunan akademik mesyarakat luar bagi tahun 2016 pada 29 Mac 2016 di Fakulti Kejuruteraan Awam. Organisasi luar yang hadir ialah ialah Sek Kebangsaan Kampung Idaman Klang, Kolej Vokasional Klang dan Jabatan Kemajuan orang Asli M'sia (JAKOA). Mesyuarat turut dihadiri oleh perwakilan pelajar dari FKA dan juga Kolej Vokasional Klang. Organinsasi ini merupakan pihak luar yang sentiasa terlibat di dalam program-program pembangunan akademik dan khidmat masyarakat fakulti.

Antara Program yg dirancang bagi tahun 2016 ialah:-

1. Pembangunan akademik Literasi dan Numerasi (LINUS) kepada  pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah Angkat FKA di Sekolah Kebangsaan Kampung               Idaman dan anak-anak orang asli  di PEPOA (Pusat Entelek Pelajar Orang Asli).

2. Program Science to Action di bawah program Knowledge Tansfer Programme (KTP) yang melibatkan sekolah angkat di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Sekolah Kebangsaan          Manik Urai, Kelantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manik Urai Kelantan dan Kolej Vokasional Klang. 

3. Program pembangunan anak-anak cemerlang (score A) di semua sekolah angkat yang tersenarai di atas.

4. Program pembangunan anak-anak sederhana pencapaian akademik di sekolah angkat.

5. Kursus kemahiran software kepada tenaga pengajar Kolej Vokasional di Selangor.

6. Karnival Sains terbuka kepada semua sekolah-sekolah di M’sia.

7. Program kesedaran pentingnya pembangunan akademik anak-anak orang asli kepada ibubapa anak-anak orang asli.

 

   
   
 

 

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5275