Bengkel Penulisan Penerbitan Jurnal Berindeks Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Mara

**The description is explained in Bahasa Melayu

Bengkel Penulisan Penerbitan Jurnal Berindeks adalah salah satu daripada aktiviti penyelidikan fakulti yang diadakan di Cendekia 4, Intekma Resort, Seksyen 7, UiTM, Shah Alam bermula dari 27hb Jun 2016 sehingga 29hb Jun 2016. Bengkel ini dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari golongan junior dan senior yang mempunyai maklumat dan hasil penyelidikan serta pelajar pascasiswazah samada di peringkat Sarjana atau PhD. Dengan adanya bengkel ini, ia dapat memberi peluang kepada para pensyarah untuk menghasilkan artikel yang berkualiti tinggi serta boleh diterbitkan di dalam jurnal antarabangsa dan kebangsaan yang berindex serta mempunyai impak faktor yang tinggi. Seramai 24 orang pensyarah telah menghadiri bengkel penulisan ini dan di akhir bengkel ini sebanyak 25 artikel telah dihasilkan oleh mereka yang akan diterbitkan di dalam jurnal terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Diharapkan dengan adanya bengkel penulisan jurnal ini akan dapat memberi suntikan baru kepada para pensyarah muda untuk meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti penyelidikan di masa hadapan.

Tujuan utama Bengkel Penulisan Penerbitan Jurnal adalah untuk mencapai Objektif No.5 Fakulti Kejuruteraaan Awam iaitu memastikan kecemerlangan dalam pemindahan pengetahuan dan pengkomersilan hasil penyelidikan iaitu dengan cara menghasilkan satu (1) penulisan bagi setiap pensyarah setiap tahun sehingga akhir tahun 2016 dan memastikan 20% daripada penulisan yang diterbitkan dalam jurnal /prosiding berimpak/scopus serta berindek sehingga akhir tahun 2016. Dalam pada itu, ia juga boleh menolong melonjakkan pencapaian MYRA skor di peringkat universiti dan secara tak lansung boleh meningkatkan ranking UiTM di persada dunia. Di akhir bengkel ini, setiap peserta diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya satu hasil tulisan mereka  kepada jurnal yang mempunyai impak faktor  tinggi dan berindex scopus atau ISI.

   
   
   
   
   

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248