'Waste To Wealth’

**The description is explained in Bahasa Melayu

Program Kitar Semula beitemakan 'Waste To Wealth’ adalah di bawah geran Knowledge Transfer Program (KTP) yang beitajuk “Transfering sustainable science and technology for fostering innovation in rural areas school”. Program Kitar Semula ini dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UiTM dan rékan kolaborasi adalah Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Klang (SKKI). Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Klang (SKKI) adalah terdiri daripada kategori sekolah-sekolah luar bandar. Faktor ini telah dikenalpasti inenyumbang kepada kurangnya miriat para pelajar terhadap ilmu sains dan juga tiada pendedahan yang sistematik kepada teknologi dan inovasi yang boleh memupuk semangat cintakan sains dan teknologi. Para pelajar yang disasarkan adalah yang berusia dari 10 hingga 12 tahun.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah rendah luar bandar untuk mengamalkan amalan kitar semula dalam rutin amalan mereka. Selain itu juga, program ini dapat memupuk minat para pelajar terhadap beberapa perkara seperti :

i) Menerapkan ilmu dan kemahiran kepada para pelajar untuk melaksanakan kitar semula

ii) Memberikan pemahaman dan pendedahan kepada para pelajar untuk mengenalpasti barang kitar semula dan

iii) Memberi kemahiran dan panduan kepada para pelajar untuk kreatif dalam mencipta sesuatu yang boleh digunapakai daripada bahan kitar semula

iv) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan dan tanggungjawab tentang kitar semula dalam memelihara alam sekitar

 

   
 Ucapan Perasmian Oleh Prof. Madya Ir. Dr. Kartini Kamarudin, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam.  Suasana dalam dewan perasmian
   
   
 Wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor  Wakil dari Worlwide Landfills Snd Bhd.
   
   
 Wakil dari SW Corp.  Hakim pertandingan rekacipta menggunakan bahan terbuang
   
   
Persembahan dari kumpulan yang bertanding Sesi penyampaian hadiah.
   

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5275