“Science To Action”

**The description is explained in Bahasa Melayu

Program “Science To Action” adalah salah satu program yang dilaksanakan di bawah geran Know ledge Ti ansfei‘ Pi‘ogi ant (KTP) yang bertajuk “Transfering sustainable science and technology for fostering innovation in rural areas school”. Program “Science To Action” ini dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM dan rakan kolaborasi adalah Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman (SKKI), Sekolah Kebangsaan Manek Urai (SKMU) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai (SMKMU) dari Klang dan Kelantan. Sekolah angkat iaitu SKKI, SKMU dan SMKMU adalah terdiri daripada kategori sekolah-sekolah luar bandar. Kesemua sekolah ini telah dipilih berdasarkan faktor kedudukan, ekonomi dan sosio-budaya setempat. Faktor-faktor ini adalah antara faktor yang telah dikenalpasti menyumbang kepada kurangnya minat para pelajar terhadap ilmu sains dan juga tiada pendedahan yang sistematik kepada teknologi dan inovasi yang boleh memupuk semangat cintakan sains dan tekno logi. Para pelajar yang disasarkan adalah yang berusia dari 10 hingga 15 tahun.

 

Sesi Perasmian oleh YBhg. Prof. Ir. Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor UiTM (Penyelidikan Dan Inovasi Sesi 1 (Bing Bang) : Pembahagian Kepada 12 Kumpulan
   
Sesi 2 (Fun Science Quiz) : Setiap wakil kumpulan akan melalui stesen-stesen tertentu untuk menjawab soalan yang menguji minda Sesi 4 (CSI Forensic) : Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan disalan sebuah stesen untuk sesi ini ialah mengembangkan sebiji belon tanpa meniupnya.
sesi 5 (Big Hero) : Setiap kumpulan dikehendaki mencipta sebuah kapal terbangdengan kreativiti sendiri menggunakan barang kitar semula yang diberi Majlis Penyampaian Hadian oleh Prof. Dr. Hamidah Mohd Saman diiringi oleh Ketua Projek KTP Dr. Marfiah Ab Wahid

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248