Program Nbos-Pils, National Blue Ocean Strategy-Program Inisiatif Libat Sama Zon Tengah

The description is explained in Bahasa Melayu

Program NBOS-PILS, National Blue Ocean Strategy-Program Inisiatif Libat Sama Zon Tengah

18-23 Januari 2016

Sekolah Kebangsaan Parit Mahang dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kerayong, Kuala Selangor.

Program NBOS-PILS ini merupakan suatu projek membaikpulih sekolah-sekolah di Malaysia dengan menggunakan kepakaran universiti seperti pensyarah-pensyarah  kanan, pensyarah muda dan pelajar IPTA Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian
 
Pelajaran Malaysia dalam bidang Kejuruteraan, senibina, Ukur kuantiti, undang-undang dan lain-lain bidang profesional terlibat dalam tugas-tugas khas untuk membantu dalam isu-isu yang memberi kesan kepada pembangunan sekolah. Program NBOS-PILS ini terdapat 5 zon iaitu Zon Tengah(Kuala Selangor), Zon Selatan(Johor), Zon Timur(Kelantan), Zon Sarawak dan Zon Sabah dilakukan serentak selama 5 hari pada 18 Januari 2016. Semasa program berjalan, seramai 4 orang pelajar FKA mewakil UiTM dihantar ke Sarawak untuk turut serta melakukan kerja baik pulih disana.
 
Impak Aktiviti:
 
1. Meningkatkan kemahiran insaniah kalangan pelajar, peroleh pengetahuan baru dan pengalaman sebenar.
2. Mengasah kreativiti minda menyelesaikan isu setempat dengan impak tinggi, pantas pada kos yang minima iaitu transformasi sisa kepada produk.
3. Belajar mengaplisakikan teori dikelas kepada praktikal semasa kerja.
4. Inspirasi untuk berkhidmat kepada masyarakat.
5. Wujudkan rasa syukur.

                                                     

Sesi ice breaking bersama staff UiTM dan penerangan penuh daripada pensyarah fakulti penuh, Ir. Salmizi & Ir. Basir.

      

Semua pelajar berkumpul di SK Parit Mahang.

            

Membaik pulih rak kasut dihadapan bilik sakit pelajar

       

Sesi wawancara pelajar FKA dan pihak sekolah dan Majlis penutup NBOS

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248