Majlis menandatangani Memorandum of Understanding antara UiTM dengan KTMB, MIROS dan JPJ

**The description is explained in Bahasa Melayu

 

Date: 14 Disember 2018

Masa: 3pm

Tempat: Aras 2 Dewan Serbaguna, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya.

 

Inisiatif padu FKA UiTM, jalin kerjasama erat KTMB, Miros dan JPJ, disaksikan Menteri Pengangkutan

Jumaat, 14 Disember 2018, bertempat di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya sebuah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad,  Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diadakan.

Majlis ini merupakan simbolik kepada usaha keras berterusan semua bagi membentuk sistem pengangkutan yang efisien serta selamat di Malaysia. 

Kerjasama yang terjalin ini memberikan faedah serta kebaikan kepada semua dalam merealisasikan bidang penyelidikan dan akademik ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang pengangkutan yang mampan untuk negara. MOU ini telah ditandatangani oleh YBrs Profesor Madya Dr Mohd Fozi Ali -Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Mewakili Naib Canselor UiTM, YBhg Datuk Shaharuddin Khalid - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), YBrs Dr. Siti Zaharah Binti Ishak - Ketua Pengarah MIROS dan YBrs Encik Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTMB serta disaksikan oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275