Fifth East Asians Seas (EAS) Youth Forum 2018

**The description is explained in Bahasa Melayu

 

PENGANJUR: Partnerships in Environmental Management for the Seas of East Asia (PEMSEA)

TARIKH MULA: Isnin, 26 -30 hb November 2018

LOKASI: Pusat Konvensyen Iloilo, Filipina

 

JUMLAH PELAJAR: 3

KHAIRIL AFIQ BIN KHALIL 

NUR AMALINA BINTI MUHAMMAD FADHLULLAH NG 

NUR ZALIKHA BINTI ABDUL JALIL

 

STAF JABATAN/ORGANISASI LUAR & MASYARAKAT: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

KLUSTER MASYARAKAT : West Visayas State University, Iloilo City

MoU/MoA: MoA

JENIS INDUSTRI : Kerajaan

PEMBIAYAAN AKTIVITI: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

RINGKASAN AKTIVITI/PROGRAM :

26 November - Ketibaan di Iloilo City, Filipina

 

27 November - pembukaan EAS congress telah dirasmikan oleh Encik Roy Cimatu iaitu setiausaha “Department of Natural Resource” (DENR) Philippines. Pembukaan ini telah disertai oleh delegasi forum belia dan delegasi EAS.

 

28 November - Pembicara pertama telah bercakap mengenai Perikanan Lestari. Pidato kedua dibuat oleh Dr. Jenna Jambeck, seorang Profesor Madya dari University of Georgia College of Engineering. Pembicara ketiga ialah Cik Ruth Matthews, Pengurus Program dari Jabatan Tadbir Air, Institut Air Antarabangsa Stockholm

 

29 November - Tuan majlis ialah YBhg. Corazon Davis yang merupakan Penolong Setiausaha Jabatan Perkhidmatan dan Dasar Perancangan dan Alam Sekitar (DENR). Majlis penutup termasuk penyampaian Kenyataan Pemuda yang dibuat oleh kapten PEMSEA Network of Youth Leaders (PNYL), John Carl Alonsagay. Beliau adalah Pengerusi Majlis Belia yang telah dipilih pada hari sebelumnya dan berkuasa untuk membacakan deklarasi itu.

 

30 November - Pada hari terakhir di Phillipines, kami telah dibawa ke Pulau Guimaras untuk sebuah lawatan. Peserta telah dibawa ke empat tempat iaitu, pusat marin Igang dimana tempat tersebut merupakan pusat kajian perikanan dan ia telah ditubuhkan sejak tahun 1975. Peserta telah diperkenalkan kepada ikan- ikan yang dikaji dan ciri- ciri ikan tersebut. Seterusnya, peserta dibawa ke pusat kajian manga di Guimaras.

 

1 Disember - Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

 

 PENCAPAIAN AKTIVITI: (SEBELUM)

Para delegasi telah mempunyai kesedaran yang lebih mendalam terhadap alam sekitar. Para peserta juga dapat bergaul dengan pemimpin-pemimpin dari negara lain yang dapat membuka minda dan dengan ini kita dapat menghasilkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan.

 

PECAPAIAN AKTIVITI: (SELEPAS)

1) Melancarkan “PEMSEA Youth Programme” dan “PEMSEA Network of Young Leaders” (PNYL). 

2) Menyediakan platform yang kondusif untuk belia bersama- sama berkongsi maklumat dan pendapat. 

3) Merapatkan hubungan antara belia antara negara- negara yang terlibat untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti. 

4) Mengekalkan usaha belia untuk mengambil tindakan dalam menyelamatkan pantai melalui program PNYL.

 

LIPUTAN/PERKONGSIAN(KONFERENS/SEMIINAR/PENERBITAN/ARTIKEL/MEDIA MASSA)

1) Saving the seas of East Asia 

link : http://manilastandard.net/…/saving-the-seas-of-east-asia.ht…

2) Fifth East Asian Seas (EAS) Youth Forum 

link : https://www.uncclearn.org/…/fifth-east-asian-seas-eas-youth…

CADANGAN: Program-program sebegini harus diteruskan lagi pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi kesedaran anak-anak muda terhadap persekitaran kita yang semakin tercemar. Selain daripada itu, program sebegini dapat memberi lebih banyak motivasi kepada anak-anak muda untuk membawa perubahan positif kepada negara, budaya dan bangsa kita.

PENUTUP

Setinggi- tinggi penghargaan kepada Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan kerajaan negeri kerana memberi sokongan padu dan menaja peserta bagi menyertai program Fifth East Asians Seas (EAS) Youth Forum di Iloilo, Filipina.

 

NAMA PELAPOR: KHAIRIL AFIQ BIN KHALIL

PELAJAR

E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5275