Forum Perdana Bersama Alumni

**The description is explained in Bahasa Melayu

PENGANJUR: FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

TARIKH : Khamis, November 22, 2018

LOKASI: DEWAN KULIAH A FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

JUMLAH PELAJAR: 114

JUMLAH STAFF: 2

JUMLAH ALUMNI: 4

 

EN MOHD RIDZUAN MOHD ALI (PENGARAH PROGRAM)

DR YAZMIN SAHOL HAMID (MODERATOR)

 

NAMA PENCERAMAH: 

IR DR NORIZAM BIN AYOB

SITI KHADIJAH BINTI OTHMAN

KHAIRUL ADZIM BIN HJ SAADON 

NORHASNIAH KUSNIN

RINGKASAN PROGRAM: PROGRAM DIANJURKAN BAGI MEMDEDAHKAN PARA PELAJAR SEMESTER 1 SESI 18/19 BERKENAAN BIDANG KEJURUTERAAN AWAM. PROGRAM INI BERKONSEPKAN FORUM YANG TERDIRI DARIPADA SATU MODERATOR DAN EMPAT PANEL JEMPUTAN YANG TERDIRI DARIPADA ALUMNI UITM SENDIRI. PARA PANEL AKAN MENJAWAB SOALAN YANG DIKEMUKAKAN DARIPADA MODERATOR DAN PARA PELAJAR BERDASARKAN PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG MASING - MASING. PROGRAM INI BERLANGSUNG SEDARI JAM 9 PAGI HINGGA JAM 1 TENGAHHARI DAN TERDIRI DARIPADA DUA SESI YANG DISELANGI DENGAN 10 MINIT WAKTU REHAT.

PENCAPAIAN AKTIVITI/PROGRAM (SEBELUM)

AJK PROGRAM BERSAMA - SAMA BERKERJASAMA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI DAN MEMPELAJARI CARA - CARA MENGENDALI DAN MENGURUS PROGRAM YANG DIBIMBING OLEH EN RIDZUAN DAN PIHAK HEP FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM.

PECAPAIAN PROGRAM: PARA PESERTA PROGRAM TELAH MEMPEROLEH PENDEDAHAN YANG LEBIH LUAS DALAM BIDANG KEJURUTERAAN AWAM SERTA TIPS - TIPS UNTUK MENJADI JURUTERA AWAM YANG PROFESIONAL. DISAMPING ITU, PARA PESERTA TURUT MENDAPAT PANDUAN UNTUK MENYESUAIKAN DIRI SEBELUM MEMASUKI ALAM PEKERJAAN DAN DAPAT MEMULAKAN PERANCANGAN MASA PANJANG UNTUK MENETAPKAN MATLAMAT SEMASA DAN SELEPAS TAMAT PENGAJIAN.

PENUTUP: PROGRAM TELAH DAPAT DIJALANKAN DENGAN LANCAR DAN JAYANYA ATAS KERJASAMA AJK PROGRAM, PANEL JEMPUTAN DAN PARA PESERTA. UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM ATAS SOKONGAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM INI DAN PERTOLONGAN SERTA BIMBINGAN YANG TELAH DIBERIKAN. HARAPAN AGAR PROGRAM - PROGRAM ILMIAH SEBEGINI TERUS MEMPEROLEH SOKONGAN DAN DAPAT DIANJURKAN PADA MASA - MASA AKAN DATANG BAGI KEBAIKAN PARA PELAJAR.

NAMA PELAPOR: 

MUHAMMAD UZAIR BIN LAZI

STUDENT CLASS ECS416 (KETUA PROJEK)

E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275