Malam Pra Graduan FKA Semester September 2018-Januari 2019

**The description is explained in Bahasa Melayu

PENGANJUR: PELAJAR SEMESTER 8 SESI SEPTEMBER 2018-JANUARI 2019 FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

TARIKH: Rabu 14 hb November 2018

LOKASI: Dewan Sri Bestari, Inteka Resort & Convention Centre, Shah Alam

JUMLAH PELAJAR: 240

JUMLAH STAFF: 20

RINGKASAN PROGRAM: 

Selepas program ini dijalankan, pelbagai maklum balas positif tentang Malam Pra Graduan FKA yang diterima oleh pihak urusetia. Sebagai kesimpulannya, program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. 

Pihak kami melihat ini sebagai kepercayaan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak terhadap pihak kami. Oleh yang demikian, pihak kami akan terus berusaha menambah baik lagi input program pada masa akan datang.

Pihak Fakulti Kejuruteraan Awam sendiri juga telah memberi bantuan, kerjasama dan juga sokongan yang tidak terhingga kepada seluruh ahli jawatankuasa kerja program bagi memastikan program ini berjalan dengan sempurna.

Oleh yang demikian, program ini dapat dilihat sebagai salah satu usaha baik yang telah dilakukan oleh pihak urusetia MPG. 

PENUTUP: Pelajar Semester 8 September 2018-Januari 2019 berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Pihak kami percaya tanpa kerjasama dari pelbagai pihak, program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini sedikit sebanyak telah berjaya meningkatkan Kemahiran Insaniah para ahli jawatankuasa serta pelajar FKA. Kami berharap pihak fakulti dapat memberi kerjasama dan sokongan padu kepada pelajar terhadap segala program yang telah dirancang pada masa akan datang.

Nama Pelapor: Siti Nathasya Binti Mohd Amran

Jawatan: Pengarah Program Malam Pra Graduan FKA Semester September 2018-Januari 2019

E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275