Laporan Program International Concrete Competition 2018

**The description is explained in Bahasa Melayu

 

Pelajar FKA UiTM Menyertai Pertandingan Inovasi Teknologi Peringkat Antarabangsa

Tajuk Aktiviti : Laporan Program International Concrete Competition 2018

Tempat : Universitas Sebelas Maret Surakarta Indonesia

Tarikh: 4/11/2018 – 10/11/2018

Nama Pelajar : 

1. MOHAMAD ZAIRUL FARISHAH BIN ISMAIL

2. NUR IZZAH MADIHAH BT ZAINAL ABIDDIN

3. NOOR AMNANI BT MOHD SOFI

Impak Ativiti : 

1. Memberikan pendedahan yang meluas kepada mahasiswa dalam bidang kejuruteraan awam.

2. Memberi peluang kepada mahasiswa untuk melibatkan diri dalam pertandingan antarabangsa.

3. Menonjolkan kreativiti dan bakat mahasiswa dalam menghasilkan sesuatu teknologi produk.

4. Mengeratkan hubungan di antara pensyarah, mahasiswa dan pihak industri.

5. Menambah pengetahuan dan kemahiran dalam membuat konkrit yang berdaya saing dalam industri.

Pendahuluan :

Pertandingan ini diadakan oleh Universitas Sebelas Maret yang membuka penyertaan kepada seluruh pasukan seluruh dunia . Pada peringkat kelayakan , setiap kumpulan dikehendaki menghantar laporan dan video kepada penganjur dan penganjur akan memilih enam kumpulan terbaiksebagai finalist untuk bertanding di Surakarta . Universiti Teknologi MARA telah menghantar 2 pasukan tetapi hanya satu pasukan sahaja yang layak ke peringkat akhir iaitu kumpulan Civil Technology . Seramai 33 pasukan telah menghantar penyertaan dari seluruh dunia.

Tentatif Program :

1. Hari pertandingan dimulakan dengan taklimat oleh pihak penganjur di UNS . Civil Technology dengan keahlian seramai 4 orang termasuk pegawai pengiring hadir ke taklimat tersebut untuk mendengar syarat pertandingan .

2. Seterusnya adalah hari pertandinagn untuk membancuh konkrit , setiap pasukan diperuntukkan selama 1 jam 30 minit untuk membancuh konkrit dan melakukan testing iaitu Flow Table Test dan L-Box Test dan konkrit yang selebihnya dimasukkan ke dalam Cynlinder Mould untuk diuji kekuatannya setelah 24 jam pengerasan.

3. Setiap pasukan dikehendaki untuk membentangkan kerja mereka dihadapan panel yang telah dijemput oleh pihak penganjur selama 1 jam termasuk sesi soal jawab .

4. Setiap finalist dijemput untuk menghadiri National Seminar di dewan besar UNS yang dihadiri oleh tetamu khas dari pukul 8 pagi sehingga tamat .

5. Peserta akhir dibawa mengunjungi budaya masyarakat solo dan mengenal cara hidup serta adat resam mereka yang tinggal di situ .

6. Pada malam penutup , penganjur mengadakan makan malam di sebuah hoel dan menjemut semua peserta. Di situ juga , keputusan kemenangan diumumkan . Civil Technology mendapat tempat keempat dari 6 pasukan .

 

Nama Pelapor: MOHAMAD ZAIRUL FARISHAH BIN ISMAIL

Pelajar FKA 

 

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275