Sesi Pembentangan Final Year RC Design Project

Pada 14 Julai 2018 Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pahang telah mengadakan sesi pembentangan Final Year RC Design Project bagi pelajar semester akhir Diploma.

Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah yang terlibat kerana telah menjemput saya sebagai salah seorang Ahli Panel untuk menilai hasil usaha para pelajar terutama dalam kursus RC Design dan berkongsi idea sebagai wakil industri dan alumni untuk menambah baik sistem pembelajaran dan pengajian Diploma Kejuruteraan Awam UiTM.

Perasaan seronok tak terkata dapat mengimbau memori lama di sana dan dapat bersua muka semula dengan bekas pensyarah yang pernah mengajar suatu ketika dulu dan dan dapat berjumpa berkongsi pengalaman kepada para pelajar yang sedang dan bakal aktif sebagai PMDS, JPK dan MPP.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ini dapat membentuk para pelajar untuk menjadi lebih hebat dan berguna satu hari nanti.

Muhammad Akid bin Zaimi pergi dengan membawa nama :-

#Minconsult

#AlumniUiTM

#AlumniFKAUiTM

#PersatuanAlumniMPPPahang

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275