International Invention & Innovative Competition (InIIC Series 1/2018)

**The description is explained in Bahasa Melayu

*FKA UITM SHAH ALAM berjaya memenangi anugerah emas di International Invention & Innovative Competition (InIIC Series 1/2018)*

Name of Program: International Invention & Innovative Competition (InIIC Series 1/2018)

Date: 12 May 2018

Time: 8.00 am till 5.30 pm

Venue: Hotel: The Federal Kuala Lumpur.

Wakil daripada UiTM Shah Alam dibawah seliaan Dr Norhafezah binti Kasmuri bersama empat orang pelajar (Mohammad Shukri bin Sahar, Muhammad Zaidi Misni, Nur Aliah Ahmad Tarmizi dan Nur Ezzaryn Bin Asnawi Subki) telah berjaya memenangi anugerah Emas di International Invention & Innovative Competition (InIIC Series 1/2018) bagi kategori Profesional dalam Sains, Kejuruteraan dan Teknologi. Turut menyertai pertandingan in adalah golongan-golongan profesional dari pelbagai industri serta pelajar-pelajar dari universiti temptan dan antarabangsa. Dengan bertemakan inovasi, peserta-peserta perlu menggunakan kreativiti mereka bagi mengenalpasti isu berkaitan aksesibiliti, dan menghasilkan penyelesaian secara inovatif. Menjadikan konsep kemampanan sebagai teras penyelidikan mereka, peserta dari Fakulti Kejuruteraan Awam ini telah berjaya menghasilkan satu invosai dalam system perawatan air effluen daripada hasil pemprosesan minyak kelapa sawit yang dikenali sebagai proses elektro-penggumpalan (electrocoagulation). Rawatan elektro-penggumpalan ini dijangka dapat mengurangkan impak negatif terhadap kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan,hidupan akuatik dan alam sekitar. Rawatan elektro-penggumpalan juga merupakan satu inisiatif bagi menggantikan sistem rawatan effluen pemprosesan minyak kelapa sawit yang sedia ada di Malaysia seperti kolam pengoksidaan (oxidation pond) dan kaedah pencernaan anaerobik (anaerobic digestion method). Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang lain.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275