Asia Innovation Show 2018

**The description is explained in Bahasa Melayu

Penyelidik FKA UiTM cipta pengesan Leptospirosis untuk kawasan hutan rekreasi.

Nama Program: Asia Innovation Show 2018

Date: 28 April 2018

Venue: Atrium Gurney Paragon Mall, Penang

Produk Inovasi hasil penyelidikan pelajar Ijazah Kedoktoran dalam bidang Bio-environmental Engineering, Fakulti Kejuruteraan Awam, telah berjaya menggondol dua anugerah di Asia Innovation Show (AIS2018). Dzulaikha Khairuddin yang merupakan pelajar PhD dibawah seliaan Dr. Marfiah Ab. Wahid telah memenangi Gold Award dan Anugerah Khas - Human Capital Innovation and Social Engagement (HCISE) Special Interest Group. Pertandingan inovasi ini telah disertai oleh pelbagai universiti tempatan dan antarabangsa. Produk inovasi berupa sebuah alat pengesanan Leptospira patogenik (bakteria penyebab penyakit kencing tikus) di kawasan air terjun yang diberi nama D-TECH, Portable on-site Pathogenic Leptospira Detection Device ini juga sebelum ini telah memenangi beberapa anugerah di dalam pertandingan seperti Invention, Innovation and Design Exposition 2017 (IIDEX2017) Gold Award, International Conference on Clinical and Health Sciences 2017 (ICCHS2017) Gold Award dan Outstanding Innovation Award) dan IFMBE-Asian Pacific Medical Device Design Competition 2017 (Third prize award with USD200 grant and sponsored accommodation valued USD400). Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk menghasilkan lebih banyak produk inovasi yang dapat memberi manfaat kepada komuniti.

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5275