Sesi Penerangan & Interaksi Program Transformasi Industri Pembinaan (Citp) Anjuran Bersama UiTM-CIDB-CSM-UTHM

**The description is explained in Bahasa Melayu

Sesi Penerangan dan Interaksi Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) kepada pensyarah, ahli Persatuan Konkrit Malaysia(CSM) dan pihak industri telah dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Persatuan Konkrit Malaysia (CSM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini telah berlangsung pada butiran berikut :

Tarikh : 5 April 2018 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat : Institute of Business Excellence (IBE), Bangunan Akademik 2, UiTM Shah Alam, SELANGOR D. EHSAN

Kehadiran : 50 orang

Objektif program ini adalah untuk menyediakan platform kepada industri pembinaan mengenai pelaksanaan CITP. Lapan(8) orang pegawai CIDB telah terlibat dalam memberi penerangan mengenai CITP. Program ini juga memberi peluang kepada pihak industri berinteraksi bersama pihak CIDB mengenai perancangan dan pelaksanaan CITP. Diakhir program, sesi interaksi melalui kaedah kaunter telah memberi peluang kepada peserta memberi maklumbalas secara individu apakah kaedah yang dapat disumbangkan dalam menjayakan program CITP.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275