Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU)

**The description is explained in Bahasa Melayu

 

 Tarikh : 15 November 2019

Tempat : Bilik Seminar Al Jazari, Fakulti Kejuruteraan Awam, Shah Alam.

Pada 15 November 2019 UiTM dan Narotama Universiti dari Surabaya Indonesia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU). Majlis MoU ini telah di adakan di Bilik Seminar Al Jazari, Fakulti Kejuruteraan Awam, Shah Alam.

Perjanjian MoU ini telah dimetarai bagi hubungan kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan ldan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang berkaitan dengan Kejuruteraan Awam. FKA UiTM dan Narotama Universiti akan menjalinkan kerjasama dalam bidang Kejuruteraan Awam dan membuka ruang untuk kerjasama melibatkan dua negara Malaysia dan Indonesia. Selaras dengan program pengantarabangsaan, MoU ini dilihat sebagai wadah yang tepat dalam meletakkan UiTM dimata dunia. Majlis telah dihadiri oleh Naib Canselor UiTM Prof. Emiritus Datuk Ir.Dr.Mohd Azraai Kassim dan juga Timbalan Rektor 1 Uni versiti NAROTAMA YBrs. Dr ikhsan dan kakitangan serta staf Fakulti Kejuruteraan Awam bersama-sama dekan dan wakil dekan dari fakulti lain juga turut hadir.

Pelapor: Ts Dr Nor Hazwani Md Zain, Koordinator ICAN

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248