Majlis Kemuncak Bulan Inovasi 2019

**The description is explained in Bahasa Melayu

"Majlis Kemuncak Bulan Inovasi, 2019 telah diadakan pada hari Khamis, 14 November 2019 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim.

Bersempena majlis tersebut, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) kerana telah dianugerahkan sebagai tempat ke-3 (Fakulti) AKNC 2019 dengan Bidang Tumpuan (Pengajaran dan Pembelajaran). Dengan kejayaan ini, FKA membawa pulang hadiah berupa piala, wang tunai RM 3000 dan sijil. Ini merupakan kali pertama FKA memenagi anugerah yang berprestij ini.

Anugerah Kualiti UiTM telah mula di perkenalkan sejak tahun 1994. Anugerah ini merupakan satu pernghargaan kepada bahagian/jabatan/unit dan warganya yang berusaha ke arah kecemerlangan dan membudayakan pengurusan yang berkualiti.

Sehubungan dengan itu, AJK AKNC FKA mengucap setinggi terima kasih diatas kerjasama dari pengurusan dan seluruh warga FKA.

Selain dari itu, pada majlis ini juga, FKA telah dianugerahkan ""Global Performance Award"" bagi tahun 2019. FKA telah membawa pulang piala, sijil dan wang tunai RM 3000.

Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga FKA terus maju.

GoGo Global...

Penganjur: InQKA

Pelapor: nurbaiah mohammad noh

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248