Mesyuarat kerjasama FKA UITM-STTP INDONESIA

**The description is explained in Bahasa Melayu

"Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan kerjasama perlaksanaan program antara FKA UITM dengan pihak Sekolah Tinggi Teknologi Pekanbaru (STTP) Indonesia bagi tahun 2020. Kerjasama ini merupakan Salah satu slot pengisian aktiviti MOU Yang telah ditandatangani pada 2018.

Mesyuarat ini diketuai oleh Timbalan Dekan HEP, PM Dr Mohd Fadzil Arshad Dan 6 orang pensyarah FKA dan Penyelidik IIESM sebagai wakil FKA UiTM dengan Ketua Unit Kejuruteraan Awam STTP, Dr Andie bersama 2 orang pensyarah.

Hasil dari mesyuarat ini, empat agenda telah disepakati iaitu:

1. Kerjasama penyelidikan International Collaboration Fund (ICF) dengan sasaran minimum 1 projek bagi tahun 2020

2. Penerbitan bersama untuk journal berimpak tinggi dengan sasaran minimum 2 penerbitan bagi 2020

3. Penganjuran bersama InCieC2020 di Riau, Indonesia

4. Siri jemputan ceramah antarabangsa

Mesyuarat ini adalah satu gerak kerja Yang signifikan kepada FKA dalam meningkatkan pencapaian MyRA Dan CSPI Yang bersifat global"

Penganjur: FKA UITM

Kerjasama: Sekolah Tinggi Teknologi Pekanbaru STTP Indonesia

Tarikh: 4-5 November 2019

Tempat: Al Zahrawi, FKA UITM

Pelapor: PM DR MOHD FADZIL B ARSHAD

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248