IDP Professional Talk 2 semester Sep 2019-Jan 2020 (Industri dan Alumni)

**The description is explained in Bahasa Melayu

"Aktiviti ini merupakan salah satu usaha Kursus Integrated Design Project di FKA yang melibatkan penglibatan jurutera-jurutera bertauliah dari industri luar terutamanya daripada pihak industri sebagai penceramah untuk memberi input–input yang berguna dan terkini di dalam bidang kejuruteraan awam supaya menghasilkan graduan berkualiti tinggi.

Dalam IDP Professional Talk Series 1, seorang penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas terutamanya dalam pembinaan jambatan telah berkongsikan pengalaman dan ilmu tentang kepakaran beliau yang berkenaan dengan Kursus Integrasi Rekabentuk Projek kepada seramai 53 pelajar IDP Semester September 2019- January 2020.

Dato’ Ir. Dr. Ismail bin Mohamed Taib telah memberi ceramah dengan tajuk ""MRR2, PACKAGE 11MAIN VIADUCT:AN EXPENSIVE LESSON LEARNED"". Dato’ Ir. Dr. Ismail sebagai alumni kepada FKA, UiTM mempunyai 35 tahun pengalaman dalam bangunan, lebuhraya dan jambatan Public Works Department Malaysia (PWD). Beliau pernah bertindak selaku Pengarah Jambatan Kedua Sdn. Bhd pada 2009 to 2016 dan melibatkan diri dalam project Second Penang Bridge. Selaku pengarah, beliau bukan sahaja merancang, merekabentuk, membina dan menguruskan projek, malah pernah memenangi projek berjumlah RM4.5 billion.

Beliau juga seorang PhD dalam Kejuruteraan Awam dari University of Wales, Swansea dan memperolehi Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Struktur dari Heriot-Watt University, Edinburgh, UK.

Penganjur: FKA

Tarikh: 11 Oktober 2019

Tempat: DKA, FKA

Pelapor: Oh Chai Lian

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248