Pensyarah Fka Dr. Norbaya Binti Haji Sidek Menjadi Juri Di Pertandingan Esei 2019 PSA Sempena Minggu Sains Negara

**The description is explained in Bahasa Melayu

Tarikh : 8 September 2019

Tempat : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

Keterangan Program :

SHAH ALAM – Sempena Minggu Sains Fasa ke-2 Negara yang diadakan pada 15 Julai hingga 15 Ogos 2019, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah mengadakan program Engineering Science Exhibition & Innovation (ESEI 2019) pada 7 Ogos 2019 bertempat di Anjung Bestari, PSA. Program ini dirasmikan Pengarah PSA, Dr. Mohd Zahari Ismail.

Minggu Sains Negara dilaksanakan di 10 buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang mengikut secara berfasa bagi memastikan inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan ini dilaksanakan secara lebih berfokus, berkesinambungan dan menyeluruh agar manfaatnya dapat dinikmati lebih ramai rakyat Malaysia.

Program ESEI 2019 adalah satu platform kepada penuntut kejuruteraan semester satu untuk mempamerkan mini projek yang diaplikasikan daripada kursus Sains Kejuruteraan. Ia bagi memupuk minat, kefahaman serta pengetahuan di samping memberi peluang kepada penuntut untuk mengetahui pentingnya aplikasi Sains Kejuruteraan dalam kehidupan.

Semua penuntut semester satu perlu menghasilkan mini projek secara berkumpulan. Sebanyak 27 kumpulan telah dipilih untuk dipertandingkan di dalam program ESEI 2019 selepas saringan yang telah dijalankan selama seminggu. Juri bagi program ini diketuai Ts. Dr. Norbaya Sidek dari UiTM, dua pegawai dari Pusat Sains Negara (PSN) iaitu Ahmad Fadhil Mohd Salleh dan Jeff Johamson Anak Fredy dan Maslinda Sukri wakil dari PSA.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248