Ceramah Kesedaran Pencegahan Kebakaran

**The description is explained in Bahasa Melayu

Ceramah ini disampaikan oleh wakil Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL) kepada semua staf Fakulti Kejuruteraan Awam bagi memberi kesedaran mengenai cara mencegah kebakaran. Seramai lebih 60 peserta terdiri daripada staf pengurusan, staf makmal dan pensyarah FKA yang menyertai ceramah ini. Cik Nabila Huda adalah penceramah dari PPKKL yang telah lama berkhidmat di badan pertubuhan bukan kerajaan ini bagi menyampaikan kesedaran mengenai pencegahan kebakaran di seluruh negeri Malaysia. Beliau menjelaskan kejadian kebakaran di jalan raya, di rumah, di tempat kerja dan bagaimana mengatasinya. Ceramah ini sangat bermanfaat kepada semua orang awam dan perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Hasil daripada ceramah ini, ramai yang sedar cara pemadaman yang betul dan pentingnya smoke detector, fire extingusher dan fire blanket untuk diletakkan di rumah mahupun kenderaan.

Tempat: Al-Jazari, FKA, UiTM

 

Tarikh: 28 May 2019

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248