2nd National Tower Crane Building Competition

**The description is explained in Bahasa Melayu

“2ND National Tower Crane Building Competition” adalah pertandingan pada peringkat kebangsaan yang telah dianjurkan oleh pelajar Institusi Jurutera Malaysia (IJM) Universiti Malaysia Pahang melalui Program Minggu Kejuruteraan. Tjuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencabar dan meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan didalam kelas kepada suatu tugasan dalam bentuk praktikal. Pertandingan ini menguji keupayaan pelajar dalam membina sebuah model statik iaitu kren mengikut spesifikasi yang telah diberikan sebelum memulakan pertandingan. Bahan utama untuk membina model statik ini adalah kayu balsa yang akan disediakan oleh pihak penganjur pertandingan. Model statik ini akan dinilai berdasarkan struktur, ekonomi, persembahan, kreativiti dan kekemasan semasa membina model tersebut. Para peserta diminta untuk membina model statik dalam mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Selesai membina model statik tersebut, pemberat akan diletakkan pada jib kren pada kedudukan sejauh 10 sentimeter atau 20 sentimeter berdasarkan pilihan para peserta untuk memilihnya jarak yang ingin dinilai. Semakin tinggi pemberat yang mampu ditampung oleh kren tersebut, semakin tinggi markah yang akan diberi oleh juri kepada para peserta semasa menjalankan sesi penilaian.

Tarikh: 11 Mei 2019

 

Tempat: Astaka, Universiti Malaysia Pahang

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248