Paper Airplane Competition

**The description is explained in Bahasa Melayu

Pertandingan kapal terbang kertas (Paper Airplane Competition) ini telah dianjurkan oleh pensyarah-pensyarah FKA yang mengajar matapelajaran 'Dynamics'. Program ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada pelajar yang mengambil subjek ECS 429 (Dynamics), tentang kepentingan pendidikan sains, kejurutera dan matematik. Sebanyak 51 kumpulan yang terdiri dari 7-8 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini. Program ini sangat menitikberatkan tentang elemen pengaplikasian ilmu yang telah diajar dalam subject “Dynamics” kepada pelajar. Dalam pertandingan ini para pelajar dikehendaki merangka kapal terbang kertas yang mampu terbang sejauh yang mungkin dan terbang mengikut tempat yang ditetapkan. Bagi menghasilkan kapal terbang kertas yang mampu memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki, pelajar haruslah mengguna pakai teori dan mengambil kira konsep dan faktor yang mempengaruhi kapal terbang untuk terbang jauh dan lama. Secara keseluruhannya, program dan pertandingan ini telah membantu para pelajar mengembangkan dan mengaplikasikan pengetahuan sains dalam setiap rekaan kapal terbang kertas yang dihasilkan serta membantu pelajar mendalami konsep sains dan memupuk daya pemikiran kreatif dan berinovasi. Program ini juga, secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan yang menyertai pertandingan ini.

 

Penganjur: FKA 

Tarikh: 9 May 2019

 

Tempat: Bilik peperiksaan FKA (Aras 6)

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248