Program Jalinan Kasih Bersama Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas

**The description is explained in Bahasa Melayu

Lawatan Akademik ke Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas adalah inisiatif yang diambil oleh Pejabat Pentadbiran Akademik untuk memastikan ia selaras dengan KPI jabatan bagi mengadakan program di setiap bahagian. Objektif lawatan ini ialah sebagai penanda aras dari segi pengurusan pentadbiran yang lebih berkesan serta aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan prestasi kerjasama dalam satu kumpulan. Disamping itu, ia juga satu platform untuk mempelajari pengurusan terbaik melalui amalan-amalan murni yang dilakukan sepanjang lawatan ini. Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas merupakan sebuah tempat yang diwujudkan bertujuan menjaga warga emas yang terpinggir oleh kasih sayang dan juga memberi perkhidmatan pada anak-anak yang inginkan yang terbaik buat ibu ayah mereka dengan izinnya. Pengasasnya, Hajah Muji Sulaiman merupakan bekas Ketua Jururawat Hospital Serdang berpengalaman lebih dua dekad mengendalikan pesakit warga emas. Kini, bilangan penghuni pusat ini berjumlah 50 orang dan pekerjanya terdiri seramai 14 orang.

 

Tarikh: 2 Mei 2019

 

Tempat: Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248