**The description is explained in Bahasa Melayu
Program ini telah berjaya dijalankan daripada 24hb sehingga 28hb April 2019 yang melibatkan 17 orang pelajar pascasiswazah dan enam orang pensyarah FKA. Lawatan akademik ini meliputi lawatan ke Vertical Evacuation Building, Universitas Syiah Kuala, Museum Tsunami, Dinas Perumahan Rakyat dan Permukiman Aceh, Dinas Perhubungan Acheh, Gampong Lampulo, Kapal PLTF Aping, Masjid Raya Acheh dan Perkuburan Masal, Banda Acheh. Pelajar ini juga melihat kesan tsunami dan pembangunan Aceh setelah limabelas tahun ditimpa tsunami
Tarikh: 24-29 April 2019
Tempat: Banda Acheh, Sumatera