International Workshop On ‘Smart And Sustainable Green Infrastructure (IWSSGI 2019)

**The description is explained in Bahasa Melayu

Penganjur: Crescent Institute of Science and Technology (CRESCENT) dengan kerjasama FKA & MIROS

Tempat: Crescent Institute of Science and Technology, Chennai, INDIA

 

Tarikh: 3-4 April 2019

Seminar ini adalah anjuran bersama School of Infrastructure, BS Abdur Rahman Crescent Institute of Science and Technology, INDIA, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA, UiTM dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS). Bengkel ini di adakan pada 3 – 4 April 2019 di BS Abdur Rahman Crescent Institute of Science and Technology, Chennai, INDIA. Seminar ini dihadiri oleh lebih kurang 100 peserta dari seluruh pelosok India dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor BS Abdur Rahman Crescent Institute of Science and Technology (CRESCENT). Seminar ini telah dihadiri oleh Dr. B. Suresh, CEO and manging director, M/S Mahindra Consulting Engineers Pvt. Ltd, Chennai, sebuah syarikat automobil dan rangkaian perniagaan lain termasuk pembinaan yang terbesar di India. Dr. Suresh juga telah membentang kertas kerjanya bertajuk ‘Rural Sustainability”, sebuah projek yang dibiayai oleh Kerajaan India untuk membangunkan perkampungan di Mali, Afrika. Kertas kerja juga dibentangkan oleh Profesor Dr. Zakiah Ahmad, Dekan dan Profesor Dr Hamidah Mohd. Saman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA, UiTM yang masing-masing bertajuk “Development of Standards for Timber Structures using Tropical hardwoods for Sustainable Future through Timber Construction” dan “Smart materials and Artificial Intelligence: Construction Technology’s Next Frontier”.

 

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248