Pilihan Raya Kampus (PRK) UiTM Sesi 2018/2019

**The description is explained in Bahasa Melayu

 

Alhamdulillah selesai sudah Pilihan Raya Kampus (PRK) UiTM Sesi 2018/2019 pada tarikh 12 Disember 2018. Malam tadi telah berlangsung pengumuman keputusan PRK dan 2 calon JPP yang memenangi 2 kerusi di FKA telah diumumkan.

Berikut adalah keputusan PRK bagi Fakulti Kejuruteraan Awam:

Fathul (600 undi)

Amirul (588 undi)

Izz Hakimi (526 undi)

Izz Mirza (324 undi)

Zulfadhli (141 undi)

Maka dengan itu, *Mohamad Fathul Mansur bin Mohamad Mahir* dan *Muhammad Amirul bin Aziz* dipilih untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar FKA bagi sesi 2018/2019.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasiswa FKA yang sayang akan fakulti kerana turun membuang undi. Tidak lupa kepada pensyarah dan staf yang telah bertungkus lumus menjayakan PRK kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada anda semua.

In Shaa Allah, kami akan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab untuk anda semua.

Sekian, terima kasih.

_Muhammad Amirul dan Mohamad Fathul Mansur_ 

Majlis Perwakilan Pelajar,

Fakulti Kejuruteraan Awam,

Sesi 2018/2019.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275