PENGANJUR: FKA ,UiTM
DENGAN KERJASAMA: ISHIKAWA COLLEGE
TARIKH MULA: Wednesday, October 03, 2018
TARIKH TAMAT: Wednesday, October 03, 2018
LOKASI: FKA,UiTM
JUMLAH PELAJAR: 11
JUMLAH STAFF: 3
PERASMI (PEMBUKAAN): NAMA: PM Dr Lee Wei Koon JAWATAN: KPP ORGANISASI: FKA
RINGKASAN AKTIVITI/PROGRAM : Program telah dilaksanakan pada 3 Oktober 2018 yang melibatkan seramai 12 pelajar FKA dan 2 pensyarah. Peserta pelawat adalah terdiri daripada 43 pelajar dari Kejuruteraan Awam Ishikawa College dan 3 pensyarah pengiring yang diketuai oleh Profesor Tatsuo Nishizawa.
Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan jaringan antarabangsa di antara FKA,UiTM dengan Ishikawa College dari Jepun.
Antara aktiviti yang diadakan adalah perkongsian kebudayaan tentang penggunaan kain batik dan sampin dalam masyarakat Malaysia dan juga lawatan ke makmal makmal FKA.
Para pelajar juga berinteraksi sesama sendiri sambil memperkenalkan makanan tradisional masing masing.
Para pensyarah pula berbincang berkenaan sesi kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan untuk jangka pendek dan panjang termasuk pertukaran program, penyelidikan, latihan industri dan summer camp.
PENCAPAIAN AKTIVITI/PROGRAM (SEBELUM): Bersama-sama menyertai ISTS 2015-2016
PECAPAIAN AKTIVITI/PROGRAM (SELEPAS):
Beberapa perkara yang telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan secara bersama:
Penganjuran summer camp
Mobiliti pelajar antara kedua dua institut
Mobiliti pensyarah
Perlaksanaan dual program (akan dibincangkan
dengan lebih teliti)
CADANGAN: Mengadakan lawatan balas ke Ishikawa College bagi melihat fasiliti yang ada dan berbincang dengan lebih terperinci perkara perkara yang telah diusulkan dalam lawatan hari ini.
PENUTUP: Program ini memberi manfaat kepada FKA dan UiTM dari sudut ketampakan di peringkat antarabangsa. Ia juga amat bermanfaat kepada kedua-dua institusi dalam bentuk pembangunan akademik dan penyelidikan untuk jangka masa yang pendek dan panjang.