Memorandum Persefahaman (MoU) UiTM & Reveron Consulting

**The description is explained in Bahasa Melayu

 

Tarikh: 23 Mei 2018

Tempat: Bangunan Chanseleri Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor.

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), melalui Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memeterai suatu memorandum persefahaman (MoU) dengan Reveron Consulting Sdn. Bhd. pada 23 Mei 2018 di Dewan Senat, Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

Antara tujuan persefahaman adalah bagi menjalinkan persahabatan dan kerjasama di dalam bidang penyelidikan, pendidikan, dan aktiviti-aktiviti ilmiah di dalam penggunaan sistem Building Information Modelling (BIM). Gandingan kerjasama diantara UiTM dan Reveron Consulting Sdn Bhd dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk meraih pengalaman industri, di mana pendedahan tersebut dapat memberi kelebihan kepada para pelajar dari aspek teknologi komputer dan sistem maklumat di dalam industri pembinaan bagi mengharungi revolusi industri 4.0.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 
 
 
+603-5543 5275