Lawatan Akademik Dan Penanda Aras Ke Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia

**The description is explained in Bahasa Melayu

Tarikh : 27 April 2018 (Jumaat)

Masa: 9.00pagi - 12.30tengahari

Lokasi : Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, UPM

Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA telah membuat satu lawatan akademik dan penanda aras di Jabatan Kejuruteraan Awam, UPM. Antara objektif lawatan adalah seperti berikut:

1. Menanda aras kaedah-kaedah dan proses-proses akademik seperti:

1.1 Penilaian PEO, PO-CO dan penggunaan utk CQI

1.2 Penyediaan kertas soalan peperiksaan akhir, 

1.3 Pelaksanaan Open Ended Lab (OEL)

1.4 Pengajaran, Pembelajaran dan Penilaian ‘Complex Problem’

1.5 Quality Management System (QMS)

1.6 Penyediaan Self-Assessment Report (SAR)

1.7 Struktur Kurikulum

2. Pengurusan makmal-makmal dan lawatan Ke makmal-makmal

3. Strategi peningkatan penyelidikan dan penulisan staf

Delegasi dari Fakulti yang menyertai lawatan berkenaan adalah seramai 13 orang yang terdiri daripada Timbalan Dekan HEA,

Ketua-Ketua Pusat Pengajian, Koordinator-koordinator Program, Ketua Unit Kualiti Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar Kanan Akademik, Penolong Pendaftar HEP, Pegawai Sains dan Penolong Jurutera.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248