Lawatan Kerja ke UiTM Pahang

**The description is explained in Bahasa Melayu

Lawatan Kerja ke UiTM Pahang 

Tarikh: 10 April 2018

Tempat: UiTM Pahang

Lawatan kerja ke UiTM Pahang telah dihadiri oleh YBhg Profesor Dekan, Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Ketua Pusat Pengajian CBPM dan Timbalan Pendaftar menerima sambutan mesra dari Ketua Pusat Pengajian Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM cawangan Pahang bersama seluruh warganya. Lawatan kerja yang diadakan bertujuan membentuk satu hubungan kerjasama yang positif di antara Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UiTM Shah Alam dan staf FKA di kampus tersebut dalam usaha memastikan pelaksanaan pengurusan hal ehwal pentadbiran, hal ehwal akademik, hal ehwal pelajar, hal ehwal jaringan industri, hal ehwal kualiti dan akreditasi diuruskan dengan baik. Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertemuan yang membawa kepada percambahan ilmu dan juga jaringan kerjasama yang lebih mesra dan mantap ke arah mencapai amanat yang diperturunkan oleh Universiti kepada Fakulti.

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5248