Khidmat Pelajar UiTM di Karnival STEM, bersempena Minggu Sains Negara 2018 di bawah Institute of Engineers Malaysia (IEM)

**The description is explained in Bahasa Melayu

Khidmat Pelajar UiTM di Karnival STEM, bersempena Minggu Sains Negara 2018 di bawah Institute of Engineers Malaysia (IEM)

Tarikh: 6-8 April 2018

Tempat: Da Men Mall, Subang Jaya, Selangor

Masa: 10 pagi - 6 petang

Penglibatan aktiviti: Menjadi fasilitator/wakil penganjur bagi STEM Explore Race di booth IEM.

Pihak IEM sangat berbesar hati menerima kerjasama dan penglibatan pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang juga merupakan Sekretariat Mahasiswa Fakulti kerana telah menjayakan program STEM kali ini. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan jayanya dan telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada orang ramai. Objektif dan matlamat program juga tercapai dengan jayanya. Diharapkan pada masa akan datang program seperti ini dapat diteruskan lagi dan segala kekurangan dan kesilapan sepanjang persiapan program akan dibaiki untuk kebaikan akan datang.

Diharap para pelajar dapat menimba pengalaman yang luas sepanjang penganjuran program ini dan berminat untuk menyertai program seumpama ini di masa akan datang.

Pensyarah terlibat: Noorfaizah Hamzah, Dr Yazmin Sahol Hamid