PROGRAM LINGKARAN ILMU 2018

PROGRAM LINGKARAN ILMU 2018 

Tarikh: 30 Mac -1 April 2018

Tempat: Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang.

Dianjurkan oleh:

Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam (SMFKA),

Universiti Teknologi MARA, UiTM Shah Alam.

 

Projek Lingkaran Ilmu merupakan salah satu program khas bersifat akademik tetapi dengan pendekatan yang menyeronokkan. Ia dianjurkan Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam (SMFKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan peserta merupakan para pelajar Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Berdasarkan perbincangan antara SMFKA dengan pihak sekolah, program ini akan memfokuskan pelajar LINUS dan SKOR-A yang akan menghadapi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ( UPSR) pada tahun 2018. LINUS merupakan golongan pelajar yang lemah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira manakala SKOR-A merupakan pelajar sasaran yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk mendapatkan keputusan cemerlang iaitu 6A dalam UPSR 2018.

Program yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dan akan diadakan pada 30 Mac- 1 April 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang. Bilangan peserta Uitm Shah Alam yang terlibat ialah seramai 30 orang fasilitator dari pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan sasaran peserta yang akan terlibat seramai 200 orang pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang.

Program berkonsepkan perkongsian ilmu secara menyeronokkan ini dapat menyuntik dan membantu para pelajar daripada Sekolah Rendah Rantau Panjang dalam pelbagai aspek terutama sekali dari segi akademik dan memupuk minat untuk belajar bersungguh-sungguh serta mencapai sasaran yang dikehendaki sekolah. Program ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pelajar yang terlibat terutama serta mendedahkan pelajar mengenai pembelajaran STEM iaitu “ Science, Technology, Engineering and Mathematics’. Program ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim antara UiTM Shah Alam dengan Sekolah dan diharapkan kerjasama yang bakal terjalin tidak mencapai titik noktah sebaliknya kekal berterusan. Program seumpama ini selaras dengan "Program Outcome 2" yang telah ditetapkan iaitu kebolehan untuk berkomunikasi secara efektif bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah dengan orang ramai.

 

Objektif

1. Mewujudkan dan merapatkan hubungan tali persaudaraan yang lebih erat antara peserta dan fasilitator UiTM.

2. Melatih para peserta dalam pengurusan aktiviti atau sesuatu kerja dalam satu kumpulan sama ada secara formal atau tidak formal.

3. Meneruskan dan mengeratkan hubungan di antara pihak UiTM bersama sekolah angkat serta dapat menaikkan nama baik UiTM di kalangan sekolah dan masyarakat.

4. Menyuntik motivasi kendiri yang kental dan jati diri di kalangan peserta yang berpotensi cemerlang bagi memastikan mereka mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan kelak.

5. Melahirkan pelajar UiTM Shah Alam yang holistik dalam menjayakan segala program yang dijalankan bukan sahaja dari segi akademik, bahkan untuk melatih pelajar untuk menggilap soft skill seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan pantas dalam membuat keputusan.

6. Mendedahkan pelajar sekolah mengenai pembelajaran subjek STEM dengan melibatkan pelbagai aktiviti-aktiviti ke arah teknologi, kejuruteraan dan sains bagi melahirkan generasi yang berfikiran futuristik.

 

Kumpulan Sasaran

Pelajar Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang yang terdiri daripada golongan LINUS dan SKOR-A yang akan menghadapi UPSR 2018 seramai 161 orang.

 

SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM LINGKARAN ILMU 2018

PENAUNG: PROF. DR ZAKIAH BINTI AHMAD

PENASIHAT SMFKA: DR YAZMIN BINTI SAHOL HAMID

PENASIHAT PROGRAM : 

DR NORLIYATI BINTI MOHD AMIN

SITI NURULHUDA BINTI MOHD IMRAN

NURSAFARINA AHMAD

PENGARAH PROGRAM : 

MUHAMAD SHAHAIDI BIN BERAHING

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM : 

NOOR AZWEEN BINTI HARON

SETIAUSAHA : 

NURUL SAHIDA BINTI AHMAD

BENDAHARI : 

MUHAMMAD AIZAT BIN BAHARUDIN

BIRO PROGRAM : 

NAJLA BINTI MOHAMAD SUKRI

OMAR FARHAN BIN PADHZIL

SITI HAJAR BINTI KAMALUDIDIN

 

BIRO CENDERAHATI : 

AMIR RIZWAN BIN AHMAD JAFLUS

ANIS SYAFIQAH BINTI AZMIR

HAIRIE AMRIE BIN AMRAN

BIRO KEROHANIAN : 

MOHAMMAD AMIRUL FAEZI BIN AZAMI

NURUL ATHIRAH BINTI PARMAN

AHMAD FIRDAUS BIN AZIZ

BIRO PENGANGKUTAN : 

MOHAMAD FAKRURAZI BIN MOHD NOOR

NUR AQILAH FATIHAH BINTI MUSTAPA

NURUL SHAFIDA BINTI IBRAHIM

BIRO PERALATAN DAN TEKNIKAL: 

AININ SOFEA BINTI ZAIDI

MOHAMAD FATHUR MANSUR BIN MOHAMAD MAHIR

NUR SYAHFIQAH BINTI SHAHIFUL BAHARI

BIRO MAKANAN : 

NURHANIS ELISA BINTI HAMIDON NURHIDAYATUL ALIAH BINTI ALI AHMAD FIRDAUS BIN AZIZ

BIRO MULTIMEDIA : 

HAIKAL AJMAL BIN BUKHORY

ANDROMEDA ANNABEL BINTI LEN

IQBAL AMZAR BIN BUKHORY

NURUL SYAHIRAH BINTI ABDULLAH

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS : 

AMIR RI

NURUL NAJIHAH BINTI ABD RAHIM

AHMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAMRI

Contact Us

School of Civil Engineering,
College of Engineering,
Engineering Complex,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 
 
 
pkashahalam@uitm.edu.my
 
+603-5543 5275